Sunday, November 23, 2008

Aktiviti ke Layang-Layang

Pada 21 November 2008 Jam 9.00 malam konvoi Kluang Bikers sebanyak 18 buah motor berkuasa tinggi telah berlepas ari Sahabat Cafe ke Pekan Layang-layang. di atas satu tiket perjumpaan mesra alam. Begitulah lebih kurang cogankatanya. Program ini dibuat bagi memantapkan lagi salam persaudaraan antara kita.
Setibanya konvoi Kluang Bikers di lokasi yang dijanjikan, kami semua terkejut kerana bikers Layang-layang seramai 20 buah motor bersedia menyambut ketibaab kami. Rombongan kami telah di bawa ke satu lokasi yang agak menarik yang memang telah dirancang oleh pihak urusetia. Layang-layang. Kami semua dijamu selera di sebuah restoran mewah di pekan Layang-layang.
Kehadiran kami amat bermakna sekali bagi mereka. Banyak perkara yang dapat dirancangkan bersama.
Peserta Kluang Bikers berlepas pulang jam 12.30 malam. Semuanya berjalan dalam keadaan selamat